Colourful World ;
Home About Blogskins Websites Friends
D'Owner

Hover the image



Basecode: Dilla Eyra
Some help:   


Good bye my friends.. :'(


Assalammualaikum & Hye!!
Dah lama Aisyah tak update blog kan?Rindu tak Aisyah?Hahaha..Main-2 je...Kay,berbalik kepada tajuk kita..Korang dah baca tajuk post Aisyah?Korang dah bacakan?Sebenarnya,Aisyah sayang sangat ngan kawan Aisyah...Aisyah takut sangat kehilangan dorang...Dorang semua baik dan sporting...

Masa hari terakhir sekolah tuh lah Aisyah paling sedih...Dah lah sekolah balik pukul 12,bukan pukul 1..Aisyah rasa sedih sangat time tuh...Hari terakhir sekolah tuh ramai budak darjah 6 nangis nak tinggalkan sekolah dan kawan-kawan termasuk Aisyah...Budak lelaki tak payah nak cakap.Memang tak de feeling langsung nak nangis.. xD Dorang kata 19 November kan jumpa lagi,ambil result.Memang lah~
Tapi masalahnya sekarang,Aisyah tak dapat ambil result!!
Aisyah tak dapat ambil result sebab Sabtu nieh family Aisyah ikut ayah Aisyah pergi outstation..Aisyah kalau boleh tak nak pergi..Tapi ayah Aisyah marah sebab kitorang pergi seminggu~.Bukan 2,3 hari.. :/

Aisyah rasa sedih sangat..Btw,hari tuh Aisyah dengar ayah Aisyah cakap yang tarikh nak pergi outstation tuh tak boleh tunda sebab ayah Aisyah nak buat check up dekat hospital lepas balik outstation nanti..Kalau tunda boleh,tapi lambat.Bulan 12 kowt..Hmm...

Masa hari terakhir sekolah,Kelas Aisyah buat jamuan.Cuma kelas Aisyah sahaja dalam tahun 6 yang buat jamuan.Buat jamuan akhir tahun.Cikgu kata kitorang yang handel sendiri..Cikgu belikan nasi lemak guna duit kelas kitorang.Nasib baik cikgu bagi kitorang buat jamuan..Kitorang buat jamuan tertutup sebab takut nanti makanan tak cukup~.

Hari terakhir tuh,kelas Aisyah hampir kesemuanya bawa phone.Untuk tankap gambar bersama sebagai kenang-kenangan.Aisyah asal nak minta maaf kat kawan Aisyah mesti nangis sebab tak tahan sebak.Aisyah kalau boleh tak nak berpisah ngan kawan-kawan Aisyah.Aisyah sayang sangat ngan dorang.

Ramai yang balik lambat masa hari tuh.Dorang kalau boleh tak nak tinggalkan sekolah ngan kawan-2.Aisyah tak berapa sempat nak minta maaf dengan kawan yang bukan satu kelas dengan Aisyah.Aisyah cuma minta maaf dekat kelas B.A.N.D je..Tak sempat.Lagipun sekolah Aisyah tuh besar sangat.Masa dekat-2 nak balik tuh,cikgu Rosmawati datang masuk dekat kelas kitorang.Dia pun nangis nak tinggalkan anak murid dia.Kitorang semua salam ngan cikgu.

Masa dah bunyi loceng,Kitorang satu kelas pergi cari cikgu yang ajar kelas Aisyah kat bilik guru.Nak minta maaf.Nasib baik dapat jumpa Cikgu Megawati.Tapi,tak dapat pun jumpa Teacher Azah.Sedih sangat Aisyah bila salam ngan cikgu.Cikgu yang banyak berjasa ngan kitorang.Oklah,Aisyah dah penat nak taip lagi dah.Sebenarnya banyak lagi Aisyah nak cerita.Tapi malas nak taip.Oklah bye!