Colourful World ;
Home About Blogskins Websites Friends
D'Owner

Hover the image



Basecode: Dilla Eyra
Some help:   


Selamat Hari Raya Aidilfiri


Assalamualaikum...
Dah lama Aisyah tak post apa-2 kat blog kan ? Tak rindu ke ? :p Hmm , Aisyah dah lama tak post kat blog pun sebab Aisyah duduk asrama .. Dan , malas nak update ! Hehehe .. Hari tuh Aisyah ada cuti juga bulan 6 .. 10 hari . Tapi malas nak update .. Kali nieh Aisyah ada banyak masa sebab kali nieh Aisyah cuti 2 minggu !! Cuti yang paling lama sekali xD
Memandangkan dah nak raya , so , dikesempatan ini , Aisyah nak ucapkan ,
Selamat Hari Raya Aidilfitri .. Maaf Zahir & Batin ..
Hah !! Raya nieh , tema korang warna apa ? Tahun nieh family Aisyah colourful . Baju kitorang macam-2 colour ada .. So , kitorang tak tahu tema tahun nieh warna apa x) Hmm , cerita pasal raya nieh , korang tak balik kampung ke raya nieh ? Mestilah balikkan ? Aisyah tak de kampung .. Kampung dua-2 kat KL .. Teringin juga nak ada kampung .. Nak buat macam mana mak ngan ayah orang bandar .. Korang tak excited ke nak raya ? Aisyah excited sebab nak pakai baju baru , kasut baru , tudung baru xD Pastu nak tangkap gambar masuk fb , twitter ngan blog ! :p

Btw , puasa korang kali nieh penuh tak ? Best ? Tahun nieh , pertama kali Aisyah berpuasa kat asrama .. Mula-2 rasa pelik .. Lama-kelamaan dah terbiasa .. Rasa selesa je .. Tapi jadual berubah sikit lah daripada yang biasa .. Tak de lah rasa penat sangat puasa .. Macam-2 aktiviti ada .. Solat terawih , tazkirah , tadarus , kuiz .. Tak de lah rasa penat atau bosan time puasa ..

Korang target duit raya korang tahun nieh nak berapa ? Aisyah tak kisah .. Asalkan cukup nak beli phone baru , tab baru , camera DSLR =3 Hihihi .. Semua nya Aisyah nak .. Aisyah tahu semuanya takkan dapat sekali gus .. Lainlah kalau orang bagi :p Tapi Aisyah target nak beli phone dulu baru tab ngan camera .. Hmm , ok lah .. Last word from me , Selamat Hari Raya Aidilfitri !! Maaf Zahir & Batin .. Wassalam :)

I 'm back !!


Assalammualaikum & Hye ...
Tahun nieh baru Aisyah update .. Dah 3 bulan kan Aisyah tak update blog ? Miss me ha ? Lol xD Sebenarnya bulan 3 hari tuh Aisyah cuti sekolah macam korang .. Tapi Aisyah cuma sempat edit blog je .. Post tak sempat .. Sekarang Aisyah minta cuti kat sekolah .. Adalah sebabnya. Barulah sempat sikit Aisyah nak post kat blog

Korang tahu ? Hari pertama Aisyah masuk sekolah ? Aisyah rasa pelik .. Ye lah , budak tak pernah masuk asrama . Semuanya ada peraturan . Makin lama makin best bila duduk kat asrama . Sebab 24 jam Aisyah dengan kawan :p Masa kali pertama cuti hari tuh yang bulan 3 , kitorang semua excited nak balik .
Kitorang nak online sepuas-puasnya !!
Bagi kitorang cuti tuh , kitorang dah bebas..Tapi masa sehari sebelum nak balik tuh , Ustaz ada bagi kertas .. Kertas untuk kitorang tulis masa sama ada kitorang qiamulail,solat dhuha ngan solat fardhu. Baru je ingat nak tinggal qiamulail -.-

Masa cuti hari tuh kan , Aisyah macam biasa ikut ayah Aisyah pergi outstation .. Dekat Pantai Timur je .. 4 hari kat Kelantan , 3 hari kat Terengganu .. Memang penat gilalah Aisyah ... Sebenarnya Aisyah tak tahu apa yang membuatkan Aisyah penat xD Korang tahu masa kat Kelantan , Aisyah shopping habis ~ Dekat sana best + murah .. Aisyah beli itulah , inilah xD Korang tahu tak Aisyah buat qiamulail berapa kali ? Aisyah qiamulail 2 kali je xD Ramai kawan Aisyah buat 1 , 2 atau 3 kali je .. Adalah juga yang buat penuh .. Tapi sikit je lah .. Kalau solat Subuh lagi tak yah nak cakap .. Pukul 9 Aisyah paling awal buat solat Subuh .. Asyik bangun lambat je xD

Hmm .. Oklah , Aisyah tak tahu nak post apa lagi .. Hope korang suka .. Nanti Aisyah akan update blog lagi pada kali yang kedua bulan 5 nanti kowt .. Aisyah cuti nanti bulan 5 .. Ok lah bye =)

Last Post For This Year



Assalammualaikum and hye.....
Bulan nieh Aisyah tak post kat blog pun kan...Aisyah  edit blog Aisyah nieh..Sebab tu lah Aisyah tak post...Tapi Aisyah rasa lama gila Aisyah edit blog.Sebenarnya malas nak edit..Tapi disebabkan tahun depan Aisyah tak dapat update blog lagi,Aisyah buatlah juga post kali terakhir pada tahun ini..

Aisyah tahun depan masuk asrama..Tak tahulah balik bila..Kalau cuti,InsyaAllah Aisyah akan update blog untuk tahun depan.Maybe setahun sekali ke? Hmm..Sebenarnya Aisyah pun dah tak tahu nak type apa lagi dah nieh..

Hah!! Korang tahu kan yang hari Isnin hari tuh BTOB,EXO-M & SUJU-M datang Malaysia?! Aisyah macam tak percaya je yang Exo-M datang Malaysia..Nak pengsan Aisyah dibuatnya /Lol\ xD Tapi malangnya Exo-K tak datang Malaysia.. =(
Kalau Exo-k datang Malaysia,Aisyah nak pergi jumpa dorang kat airport /lol\.

Aisyah dapat tahu dari Twitter,Exo-M ada sedikit masalah.Korang nak tahu apa masalahnya? Exo-M nak pergi hotel dorang naik LRT!!! Macam tak percaya je..Ramai gila orang kat dalam LRT..Berhimpit-himpit dorang..Ada orang tangkap gambar dorang naik LRT...Berdiri lagi..Dah lah datang jauh-jauh,tiba-tiba naik kenderaan awam pula..Barang dorang banyak..Penat dorang pegang.Kesian Aisyah tengok..

Masa dorang kat dalam LRT tuh betul-betul ramai..Nak dikatakan sesaklah..Terpaksa Exo-M berdiri kat tengah-tengah tuh..Tak tahulah ada kpopper ke tak dalam tuh.Rasanya ramai ada..Tapi nak buat macam mana.Takkan dorang nak pergi kat Exo-M tangkap gambar,minta autograph.Tak logik sebab masa tuh memang betul-betul berhimpit.Kesiannya kat dorang.

Aisyah tak tahulah macam mana dorang sampai hotel sebab tak de orang bagi tahu.Tapi ada orang bagi tahu,Exo-M,Btob ngan Suju-M tinggal kat hotel Double Tree..Tak tahulah kat mana..Entah-entah hotel biasa.Harap-haraplah tak..Malamnya tuh,Aisyah dapat tahu yang dorang pergi makan kat KFC..Ok juga tuh
daripada Btob! Dorang cuma makan kat kedai mamak je!!
Sempoinya dorang xD

Esoknya tuh,Aisyah dapat tahu yang Luhan,Exo-M masuk tandas perempuan!!! Hahahaaha..Kayh,fine.Yang tuh kelakar xD Takkan lah Luhan tak boleh nak bezakan tandas perempuan dengan lelaki? Hahaha..Ada yang kata dalam tuh ramai kpoppers! Semua datang serbu Luhan! xD Tak tahulah dorang minta autograph ke tak..Nasib baik dorang tak jerit.Agaknya dorang jerit tengok Luhan kowt.. xD

Ramai kpoppers yang lain cemburu..Kalaulah Aisyah ada kat sana..Jadi mental breakdown Aisyah xD Ramai kpoppers yang lain berharap dorang ada kat sana.. xD Benda tuh sangat-sangat kelakar.Sampai sekarang Aisyah ingat.. xD By the way,ada orang bagi tahu juga yang ,Btob pergi KLCC,Exo-M pergi One Utama dan Suju-M pergi Pavillion. Mesti ramai tweetfamous jumpa Suju-M kan..Tweetfamous kan selalu lepak Pavi.. -,-

Tapi yang Aisyah dapat tahu,malangnya Exo-M duduk sini dua hari je..Tak tahulah Btob ngan Suju-M..Rasanya dorang pun sama kowt.Rasa sedih je Aisyah /lol\ Tapi tak pe..Seramai 30 group K-Idol datang Malaysia untuk concert GDA tahun depan!! Korang tahu siapa ada sana?! Salah satunya tercalon Exo Planet datang!! That's mean,Exo-k and Exo-M!! Aaaa!!Gila-gila Aisyah dibuatnya.Ramai yang kata nanti masa GDA senang je nak jumpa K-Idol.Ada merata tempat.Kat kedai makan penuh dengan K-Idol /lol\ xD

Aisyah sanggup jadi cleaner kat tempat dorang buat concert semata-mata nak tengok dorang xD Lagipun tiket mahal.RM999..Dikira murah lah tuh sebab ramai artis yang datang.Tapi ramai kpoppers yang tak dapat pergi disebabkan harga tiket mahal..Aisyah dapat tahu lagi yang Dafi dah beli tiket GDA...Yelah,mentang-mentanglah 2PM nyanyi lagu dia terus minat kpop xD Hmm..Ok lah,Aisyah tak tahu nak type apa lagi..Kayh,bye.. :D

P/s:Last Post ;(